Saturday, 28 December 2013

LOGO KPM YANG BARU

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & En. Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ yang melambangkan dua peringkat pendidikan di Malaysia, iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi.

Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif  pula melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yan bersifat global. 

Dari segi warna, 
  • biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. 
  • Kuning keemasan melambangkankecemerlangan.
  • Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

 
 RASIONAL   
  • Logo KPM yang baru ini direka dengan mengunakan huruf 'Alif' sebagai konsep teras.
  • Penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini.
  • Pendekatan yang diambil mengunakan huruf atau typography berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf 'Alif' itu. 
  • Alif pula  membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.
  • Ilmu diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahu pun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.




No comments:

Post a Comment