Program minda sihat adalah satu program yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mental pelajar menghadapi sebarang situasi. SMK Taman Bunga Raya1 merupakan salah satu sekolah rintis di Hulu Selangor untuk melaksanakan program ini. Bilik relaksasi adalah satu tempat untuk pelajar dan guru menenangkan fikiran setelah letih belajar dan bekerja. Bilik relaksasi ini menempatkan beberapa sudut yang membolehkan pemikiran menjadi tenang. antara sudut yang boleh ditempatkan ialah sudut bacaan di sebelah kiri dan sudut SPA di sebelah kanan di dalam bilik bimbingan dan kounseling.
Jawatankuasa Program Minda Sihat Sekolah
Pengerusi
Pn Nor Hapipah Binti Abu Hanif
Pengetua SMK Taman Bunga Raya 1.
Naib Pengerusi
Encek Che Zainudin Bin Che Mohd Nor
Penolong Kanan HEM SMK Taman Bunga Raya 1
Ahli Jawatankuasa
Unit Bimbingan & Kounseling
Unit Disiplin
Anggaran Perbelanjaan
Pembayaran secara pukal berjumlah RM5000.00 sumbangan daripada Program Minda Sihat
Gambaran bilik rekreasi.
a) Sudut Bacaan
b) Sudut SPA
Bilik relaksasi melalui Program Minda Sihat merupakan satu inovasi kepada sekolah supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Para guru pula dapat menenangkan fikiran seketika bagi menghilangkan tekanan kerja. Kerjasama dari semua pihak dapat menjayakan program ini dengan efisen bagi melahirkan minda Pelajar Kelas Pertama dan guru bermotivasi tinggi.
No comments:
Post a Comment