Friday 27 December 2013

Bilik Gym SMK Taman Bunga Raya (1)

program jom lawan obesiti
(dibawah Projek NCDP 1 Malaysia anjuran Unit NCD PKD Hulu Selangor & Klinik Kesihatan Rasadengan kerjasama SMK Taman Bunga Raya 1)

Pengenalan:
Perangkaan terkini daripada Tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan yang ke-4 (NHMS IV, 2011) telah menunjukkan peningkatan dalam berbagai jenis faktor risiko penyakit kronik di kalangan masyarakat. Didapati prevalen obesiti telah meningkat daripada 4.4% (NHMS 1996) dan 14.0% (NHMS 2006) kepada 15.1% pada tahun 2011. Kajian ini juga mendapati 3.9%(0.3 juta) kanak-kanak bawah 18 tahun adalh obes.

Menyedari senerio tersebut maka pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat inisiatif untuk meningkatkan peranan masyarakat dengan memberi fokus kepada lokasi di komuniti, sekolah dan tempat kerja dalam mengurangkan kejadian penyakit kronik melalui projek NCDP 1 Malaysia. Projek ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2010.

Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Klinik Kesihatan Rasa telah memilih untuk menjalankan program intervensi obesiti yang dinamakan sebagai " Jom Lawan Obesiti" di sekolah terpilih iaitu SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung.

Objektif:
i. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat mengenai penyakit kronik tidak berjangkit dan risikonya
ii. Menerapkan budaya amalanhidup sihat di kalangan komuniti melalui penglibatan masyarakat dalam berbagai aktiviti promosi dan intervensi risiko penyakit kronik tidak berjangkit.
iii. Menurunkan berat badan secara sihat dan berkala.
iv. 30% atau lebih peserta yang obes mengalami penurunan berat badan sekurang-kurangnya 10% daripada berat badan asal setelah mengikuti program intervensi selama 6 bulan.

Kumpulan Sasaran:
seramai 60 peserta di kalangan pelajar dan guru SMK Taman Bunga Raya 1 yang telah disaring dan mempunyai kriteria berikut;
1. BMI 25 kg/m persegi dan ke atas (untuk 19 tahun dan ke atas)
2. BMI untuk umur melebihi +2SD (untuk bawah 19 tahun)
Ciri-ciri peserta yang tidak boleh diterima (exclution criteria) sebagai pesertaprogram adalah seperti berikut;
1. Peserta mengandung
2. Peserta yang tidak berkeupayaan fizikal
3. Pelajar tingkatan 3 dan 5(akan menduduki peperiksaan utama)

Metodologi
1. intervensi pendidikan (Ceramah & bengel)
    a. Risiko Obesiti
    b. Panduan pemakanan sihat 
    c.  Panduan senaman dan kelebihannya

2. Intervensi aktiviti fizikal
    a. Aktiviti fizikal dijalankan 8 kali sebulan selama 45 minit setiap sesi senaman yang dijalankan oleh instruktor-instruktor kesihatan dari Klinik Kesihatan Rasa
b. Berjalan 10,000 langkah setiap hari
c. Pertandingan BT

3. Intervensi permakanan;
a. Kawalan diet melalui dairi permakanan yang ditulis setiap hari dan diperiksa oleh fasilitator setiap minggu
b. Sesi runding cara permakanan secara kumpulan kecil (lebih kurang 10 orang) sebulan sekali oleh Pegawai Sains Permakanan.

Jadual program:
30 September 2013         Taklimat kepada ahli jawatankuasa
3 Oktober 2013                Perjumpaan dengan pihak sekolah
9 Oktober 2013                Saringan kesihatan
16 Oktober 2013              Majlis Perlancaran
                                         Senamrobik, 10,000 langkah
                                         dan ceramah pemakanan
24 Oktober 2013              Taklimat penggunaan alat
                                          yang dibekalkan
- 16 Mac 2014   40           Aktiviti senaman sepanjang program
 Bilik Gym SMK Taman Bunga Raya 1
 Majlis pelancaran 











No comments:

Post a Comment