Tuesday 1 September 2015

CADANGAN PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SMKTBR (1)

Pendahuluan
SMKTBR (1)  mula beroperasi pada tahun 2003 dengan jumlah murid seramai 367 orang, murid murid yang belajar di sini tinggal disekitar Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Selaras dengan pembangunan di kawasan sekitar dan pertambahan bilangan penduduk di taman Bunga Raya bilangan murid juga bertambah, 

  • 2013 - 1814  orang murid
  • 2014 - 1856  orang murid
  • 2015 - 1842  orang murid
Memandangkan jumlah murid bertambah, sekolah memerlukan kemudahan infrastruktur untuk kemudahan murid. Antara masalah utama ialah sekolah tidak mempunyai dewan untuk perhimpunan murid sessi petang dan tempat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Masalah ketiadaan tempat menjadi semakin rumit khususnya semasa hujan

Aktviti kokurikulum pada hari Rabu terpaksa diadakan di kantin atau kawasan terbuka kerana kekurangan bilik darjah. Dengan sebab itu, sekolah memerlukan kawasan berbumbung untuk perhimpunan murid sessi petang dan menjalankan aktiviti kokurikulum murid sessi pagi dan petang.

Matlamat/Objektif
  1. Melahirkan murid yang berdisiplin melalui perhimpunn harian
  2. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum kerana mempunyai tempat untuk menjalankan aktiviti walaupun hari hujan
  3. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum khususnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui kemudahan prasarana
  4. Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan
Perlaksanaan projek
Lokasi yang dicadangkan ialah gelanggang serbaguna bersebelahan dengan kantin. Gelanggang ini menempatkan gelanggang bola keranjang, bola baling, sepak takraw dan bola jaring

Kadar keluasan yang sesuai 118' x 89', jangkamasa siap 5 bulan dan anggaran kos berjumlah RM320,000.00 (Tiga ratus dua puluh ribu) sahaja

No comments:

Post a Comment