Tuesday 16 July 2013

Atap Tempat Wudhuk Surau Sekolah

Surau Al-Kauthar 
SMK Taman Bunga Raya (1)

Tempat wudhuk pelajar lelaki tidak beratap,oleh sebab itu setiap kali hari hujan pelajar terpaksa bertumpu di bahagian hadapan surau untuk mengambil wudhuk masing-masing.

Memandangkan keadaan seperti itu maka pihak sekolah berusaha untuk memasang atap supaya perkara di atas dapat diatasi dengan menggunakan Dana PIBG.

Dana PIBG merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan untuk membantu dan memperkasakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah - sekolah.

Saya dimaklumkan bahawa sekolah telah mendapat dana 1MDB berjumlah RM14,000.00 sahaja. Pihak sekolah telah menerima separuh daripada jumlah tersebut iaitu RM7,000.00 di mana RM2,000.00 telah digunakan untuk program peningkatan prestasi akademik dan bakinya RM5,000.00 telah digunakan untuk memasang atap tempat mengambil wudhuk pelajar lelaki.

Berikut adalah gambar tempat mengambil wudhuk pelajar lelaki sebelum pemasangan atap jenis metaldek.
.
Surau Al- Kauthar                                                  ;



Tempat mengambil wudhuk (Lelaki)

 i) Dilihat dari depan

 
ii) Dilihat dari sisi
(a)
(b)
 (c)

Cadangan:

i)  Atap yang kelihatan dipindahkan ke Casa Ilmu
ii) Sebagai ganti dibina atap baru menutupi keseluruhan tempat wuduk pelajar lelaki.

Tindakan:

i) Atap yang sedia ada di pindahkan ke Casa Ilmu



ii) Atap yang baru dipasang menggantikan atap yang asal





Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dana PIBG @ 1MDB, anda boleh menghantar e-mail ke
danapibg@1mdb.com.my atau menulis kepada Dana PIBG 1 Malaysia, Aras 8 Menara IMC, No. 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment